PRO DAN KONTRA PERLAKSANAAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN.
PENSYARAH :USTAZ SAIFUL NIZAM BIN
MUKHTAR
AHLI KUMPULAN :
1.NUR SHAHIDA BINTI MOHD KHARI (02DTM18F2002)
2.NOR ELAISHA BINTI CHE MAT (02DTM18F2059)
3. NUR IZZATI BINTI KAMARUDDIN (02DTM18F2032)
4. NURUL SYAMIMI INANI BINTI MOHD NAZRI (02DTM18F2089)
5. NUR AMELIA SHALWANI BINTI ROSLAN (02DTM18F2087)
6. SITI NAZIHAH BINTI MOHAMMAD RIZAL (02DTM18F2091)
2.NOR ELAISHA BINTI CHE MAT (02DTM18F2059)
3. NUR IZZATI BINTI KAMARUDDIN (02DTM18F2032)
4. NURUL SYAMIMI INANI BINTI MOHD NAZRI (02DTM18F2089)
5. NUR AMELIA SHALWANI BINTI ROSLAN (02DTM18F2087)
6. SITI NAZIHAH BINTI MOHAMMAD RIZAL (02DTM18F2091)
♥♥PENDAHALUAN♥♥
⭐Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berkonsepkan Sistem Demokrasi Berparlimen. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Demokrasi Berparlimen ini ? Sistem Demokrasi boleh ditakrifkan sebagai sebuah pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan iaitu dengan kata ringkasnya,pemerintahan yang dijalankan oleh rakyat yang menjadi wakil untuk menyampaikan kata dan suara rakyat yang lain. Sistem pentadbiran yang moden ini pada dasarnya mengutamakan mandat dan suara rakyat dalam pemerintahan untuk membangunkan sebuah negara yang maju. Dalam system demokrasi ini, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan. Wakil yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya sama ada bagi Kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab untuk menjaga dan memperjuangkan kepentingan rakyat. Rakyat berhak menyokong dan mengekalkan kerajaan yang dibentuk atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Jadi amat penting peranan yang dibawakan oleh rakyat ini dalam menentukan siapakah pemimpin yang terbaik untuk memimpin mereka dan juga negara. Secara implikasinya, terdapat beberapa kebaikan dan keburukan kepada Malaysia yang telah lama mengamalkan sistem pemerintahan ini.
Latar Belakang Kewujudan Parlimen dan Parlimen di Malaysia.
⭐Kerajaan berperwakilan/berparlimen telah diperkenalkan di Malaysia buat pertama kalinya dalam tahun 1909, apabila Majlis Persekutuan (Federal Council) ditubuhkan, iaitu bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS).
Majlis Persekutuan ini mengalami sedikit perubahan dalam tahun 1927. Bentuk asal majlis ini dikekalkan, tetapi Raja/Sultan tidak menjadi ahli lagi dan digantikan dengan lebih ramai wakil yang dilantik dari berbagai-bagai sektor dan pegawai-pegawai pentadbir British.
Pada 1 Februari 1951 pula, satu sistem baru telah diperkenalkan dan diberi nama Sistem Ahli (Member System). Sistem Ahli ini merupakan satu mini kabinet dengan ahli-ahli yang mngetuainya bersifat sebagai seorang menteri. Ini merupakan satu langkah positif dan ia merupakan satu peralihan pentadbiran yang biasa dilakukan oleh British kepada tanah jajahannya.
Dalam tahun 1995, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, telah dipinda. Pindan itu dibuat bagi membolehkan pilihan raya umum bagi memilih ahli Dewan Undangan Persekutuan untuk menambah keahlian Dewan tersebut. Ahli Dewan Undangan Persekutuan tahun 1955 terdiri dari 98 orang ahli: 52 dipilih dan 46 dilantik. Parlimen sepertimana yang kita ketahui pada hari ini wujud hasil dari pilihan raya umum yang diadakan pada 19 Ogos 1959.
ISI-ISI
Terdapat
beberapa kebaikan kepada Malaysia yang telah lama mengamalkan sistem
tersebut. Antaranya ialah sistem demokrasi seperti ini dapat menjaga
kepentingan dan hak rakyat. Tidak seperti corak pemerintahan seperti
monarki,diktaktor dan autokrasi yang hanya memberi keutamaan kepada golongan
minority yang memegang kuasa memerintah ataupun golongan bangsawan sahaja untuk
memerintah negara mereka. Sistem demokrasi
ini dapat menunjukkan dengan jelas bahawa kerajaan amat komited dalam
mendahulukan kebajikan rakyat. Mereka amat peka serta prihatin terdapat
permasalahan dan isu kehidupan yang dihadapi oleh rakyat pada masa sekarang.
Hal ini demikian kerana, kehidupan yang beraruskan kemodenan ini membuktikan
bahawa rakyat harus lebih bersedia untuk menghadapi kehidupan dunia yang kian
mencabar terutamanya dalam menghadapi permasalahan ekonomi yang sering melanda
negara kita. Sebagai contoh, isu yang sering melanda di negara kita iaitu
kenaikan harga minyak. Parti yang mentadbir kerajaan pada ketika itu haruslah
bijak dalam mengawal kenaikan harga minyak ini dengan menyediakan insentif
kepada rakyat atau menurunkan harga barang keperluan yang lain. Mereka juga
perlu kreatif serta bijak dalam menangkis tohmahan dari pembangkang serta
parti-parti yang lain bagi mengekalkan posisi mereka sebagai kerajaan. Jadi,
kerajaan haruslah bijak dalam mengawal masalah ini bagi memenangi hati rakyat.
Pemilihan wakil rakyat melalui sistem demokrasi ini jelas membuktikan bahawa
kerajaan amat mendahulukan kepentingan rakyat. Rakyat digalakkan untuk
melibatkan diri dalam proses ini bagi memilih kerajaan dan pemimpin yang sesuai
untuk mentadbir negara sebagai contoh dengan menjalankan tanggungjawab
masing-masing iaitu pergi keluar mengundi pada hari pengundiaan dijalankan.
Bagi kerajaan yang telah terpilih pula, mereka perlulah menjalankan
tanggungjawab masing-masing dengan membantu rakyat dalam menyelesaikan
permasalahan mereka. Kerajaan juga perlu bijak dalam memikat hati rakyat dengan
menjalankan tugas secara terbuka supaya mereka dapat terpilih sekali lagi untuk
menjadi ahli parlimen pada pilihanraya yang akan datang .
Seterusnya, Sistem demokrasi berparlimen dapat melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih. Seperti yang kita tahu rakyat juga terlibat dalam menentukan hala tuju politik Negara. Oleh itu, Sistem demokrasi berparlimen member ruang dan perluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti. Seterusnya, rakyat juga mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan. Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat. Hal ini dapat membantu dalam perkembangan ekonomi Negara. Antara kelebihan lain bagi sistem demokrasi berparlimen ialah,kecekapan pentadbiran Negara yang sistematik telah dibentuk dan segala permasalahan dapat diselesaikan melalui rundingan. Hal ni dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian Negara. Dengan itu, perancangan pembangunan kerajaan dapat mudah diatur. Disamping itu,kerjasama dalam masyarakat dapat ditingkatkan. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan antarabangsa. Akhir sekali, Sistem ini juga dapat memperkukuhkan perpaduan dan menjamin kestabilan politik yang secara tidak langsung menarik pelaburan asing bagi membantu perkembangan sistem industri Negara.
♥♥KEBURUKAN♥♥
Demokrasi berparlimen juga mempunyai beberapa kekurangan .Antaranya ialah sistem demokrasi menggalakkan dua aliran atau fikiran yang mempunyai fikiran yang berbez.Jika sebuah parti itu mempunyai ahli yang tetap dengan pendirinnya dan tidak bertolak ansur dengan orang lain,ini akan membawa kepada perpecahan kepada parti itu,kesannya, para pengikut tegar individu tersebut pun akan berbalah dengan pengikut yang lain sehimgga berlaku perpecahan dalam masyarakat .Selain itu,demokrasi menyumbang kepada perebutan kuasa antara kumpulan atau parti politik .Akibatnya,hal ini akan menimbulkan konflik serta perpecahan rakyat kerana demokrasi memberikan kebebasan politik.Terdapat juga masalah dalam kalangan pemimpin yang dipilih oleh rakyat tidak peka menyelesaikan masalah yangtimbul dan tidak mementingkan kebajikan rakyat kerana mementingkan kariernya. Seterusnya kelemahan demokrasi berpunca daripada dua aliran yang mempunyai pandangan berbeza mengenai demokrasi serta mengandaikan bahawa sesuatu yang mustahil diwujudkan sistem pemerintahan yang berdasarkan ideologi demokrasi tulen manakala ada yang bersetuju bahawa amalan demokrasi dapat dicapai melalui kritikan serta memberi kuasa kepada golongan tertentu kebebasan perlu dikawal oleh pihak berkuasa. Demokrasi berparlimen bukan bentuk pemerintahan majority seperti disyaratkan dalam ciri-ciri asas demokrasi kerana ia tidak wujud demokrasi seperti perhimpunan perwakilan, pilihanraya dan melibatkan persaingan antara kumpulan penting . Selain itu kebebasan dalam sesuatu perkara dihadkan kerana adanya peraturan untuk mengawal tindakan tersebut. Memudahkan kemudahan perebutan kuasa antara kumpulan atau parti politik, akibat dari itu menimbulkan konflik serta perpecahan rakyat kerana demokrasi memberikan kebebasan berpolitik. Masalah ada dikalangan pemimpin yang dipilih oleh rakyat tidak peka untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan tidak mementingkan kebajikan rakyat kerana mementingkan kariernya. Akibatnya kepentingan rakyat tidak diutamakan walaupun mereka sedar dan ini sering berlaku apabila rakyat tidak menyedari apa yang berlaku dalam politik
♥♥CADANGAN♥♥
Ada pihak yang menyokong kerana usul meningkat jumlah dan nilai hukuman kepada 100 rotan, 30 tahun penjara dan RM100,000 denda membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan.
iaitu 100 rotan untuk zina, 80 rotan qazaf dan 40 rotan untuk peminum arak. Maka, menyokong usul ini bererti membolehkan hukum hudud yang diperjuangkan selama ini dilaksanakan. Ini bagi mereka adalah tanggungjawab agama.Di satu sudut, seakan kumpulan ini menerima pandangan yang selama ini ditolak oleh mereka iaitu menyamakan hukuman zina yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin (muhsan). Pegangan umum mereka selama ini ialah penzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati.Ada pihak yang menyokong kerana ingin memperlihatkan kesatuan politik parti-parti melayu muslim dan umat Islam secara umumnya.Ada yang menyokong kerana merasakan hukuman sedia ada untuk kesalahan jenayah (yang dikatakan) berkaitan syariat itu terlalu rendah. Gejala maksiat yang berleluasa memerlukan hukuman yang lebih tinggi.Ada yang menyokong kerana ingin hukum hudud yang sepenuhnya dilaksanakan termasuk potong tangan, rejam penzina dan hukuman riddah iaitu membunuh orang yang murtad.Difahamkan itulah cadangan asal parti berkenaan, namun pihak peguam negara telah meletakkan had kepada 100 rotan, RM100,000 dan 30 tahun penjara.Hukuman mati, rejam sampai mati dan potong tangan belum diberikan ruang. Ada pihak yang menyokong kerana ruang ini boleh digunakan untuk mengekang aliran yang berbeza dengan penguasa agama tempatan.Ini seperti aliran kaum muda, salafi, wahabi, fatwa yang tidak mengikut mufti negeri, tarekat yang berbeza, syiah, Islam liberal dan seumpamanya.Pindaan ini akan membolehkan kesalahan ini ditingkatkan hukuman penjara, ataupun denda yang lebih tinggi.Ada yang menyokong untuk menaik taraf kedudukan hakim-hakim di mahkamah syariah supaya setaraf dengan mahkamah sivil khususnya dari segi gradepergajian dan seumpamanya.Ada yang menyokong kerana itu keputusan partinya dan untuk memenangi hati pengundi menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
♥♥ KESIMPULAN♥♥
⭐Sebagai kesimpulan untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan atau dikatakan sebuah negara demokrasi yang mutlak merupakan sesuatu yang sukar dijelaskan kerana dalam pembentukan sebuah negara memerlukan satu keadaan tidak berlakunya bias dalam sistem pemerintahan. Demokrasi pada masa kini bergantung kepada pilihan raya sepertimana diadakan dengan pengelibatan rakyat untuk menentukan siapa yang akan memerintah. Pada amnya demokrasi merupakan satu sistem pemerintahan yang terbaik kerana mengekalkan sistem pemerintahan yang sama bagi semua individu jika dibandingkan dengan sistem pemerintahan yang lain
Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan melalui amalan demokrasi berparlimen. Sistem ini mendapat sokongan dan penglibatan pihak pemerintah dan rakyat jelata. Sistem Parlimen dan pilihanraya di Malaysia akan terus kekal dan bertambah mantap pada masa hadapan.
♥♥ PENUTUP♥♥
⭐ Sistem raja berperlembagaan merupakan satu daripada tunggak autoriti dalam pemerintahan Malaysia, dan telah wujud semenjak Tanah Melayu merdeka. Sistem ini terdiri daripada dua institusi, iaitu Majlis Raja-raja dan institusi Yang di-Pertuan Agong.
- Sistem raja berperlembagaan menjelaskan keseimbangan hak dan tanggungjawab antara raja dan rakyat yang dinaungi,demi kemantapan dan kemakmuran masyarakat sendiri.
- Sistem raja berperlembagaan menjamin kedaulatan negara sewajarnya menerima tumpuan taat setia rakyat yang terpelihara dalam lingkungan undang-undang yang didaulatkan oleh proses sistem raja berperlembagaan itu sendiri.
-kami dapat memahami tentang konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan baik.
- Sistem raja berperlembagaan menjelaskan keseimbangan hak dan tanggungjawab antara raja dan rakyat yang dinaungi,demi kemantapan dan kemakmuran masyarakat sendiri.
- Sistem raja berperlembagaan menjamin kedaulatan negara sewajarnya menerima tumpuan taat setia rakyat yang terpelihara dalam lingkungan undang-undang yang didaulatkan oleh proses sistem raja berperlembagaan itu sendiri.
-kami dapat memahami tentang konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan baik.
♥♥ RUJUKAN♥♥
- http://www.academia.edu/10946865/Kelebihan_dan_Kelemahan_sistem_demokrasi_berparlimen
- http://rbvsdp.blogspot.com/2014/08/kebaikan-dan-keburukan-sistem-raja.html?m=1
- http://luintannanaa.blogspot.com/2015/03/kelebihan-sistem-demokrasi-berparlimen.html?m=1
- https://m.malaysiakini.com/news/372535
- http://demokrasiberparlimendkm1b.blogspot.com/2016/09/kesimpulan.html?m=1
- http://rbvsdp.blogspot.com/2014/08/kebaikan-dan-keburukan-sistem-raja.html?m=1
♥♥ LAMPIRAN♥♥
⭐ KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN
⭐CIRI-CIRI
DEMOKRASI BERPARLIMEN


No comments:
Post a Comment